Tengku Arif Temenggong Pahang II

Friday, July 5, 2013

Kerabat Pengiring

Kerabat Pengiring






1.YAM Tengku Dato Seri Haji Kamal Bahrin Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar
SSAP.,DIMP (Adinda KDYMM Sultan Pahang)

2. YAM Lt.Kol Tengku Dato Seri Kamarulzaman Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar
SSAP., DSAP., SIMP., DIMP. (Adinda KDYMM Sultan Pahang)

3. YAM Tengku Dato Sulaiman Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar
DIMP.( Adinda KDYMM Sultan Pahang)

4. YAM Tengku Dato Idris Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar
DIMP. (Adinda KDYMM Sultan Pahang)

5. YM Tengku Dato Zulkifly bin Tengku Arif Temenggong Tengku Ahmad
DIMP. (cucunda kepada Sultan Pahang ke-3 ,Almarhum Sultan Abdullah)

6.YM Raja Dato Abu Bakar Shah bin Raja Dato Jalil Shah,
DIMP. (Anakanda kepada YAM Tengku Seri Nila Utama Tengku Putri Hjh Ainul Jamil binti Almarhum Sultan Abu Bakar) 





Tuesday, July 2, 2013

Kekanda dan Adinda Tengku Arif Temenggong Pahang

Che Endut

Lelaki

-YAM Tengku Abdul Rahman Ibni Almarhum Sultan Abdullah (1898-1919)

-YAM Tengku Mahmud Ibni Almarhum Sultan Abdullah   (1907-1965)
     Tengku Arif Bendahara I 

-YAM Tengku Haji Abdul Aziz Ibni Almarhum Sultan Abdullah (1909)
     Tengku Arif Temenggong I


Perempuan

-YAM Tengku Rokiah Binti Almarhum Sultan Abdullah

-YAM Tengku Wok Zahara Binti Almarhum Sultan Abdullah




Hajah Che Kalsum bt Abdullah (Tengku Ampuan Besar)

Lelaki

-KDYMM Sultan Abu Bakar Ibni Almarhum Sultan Abdullah (1904-1974)
Sultan Pahang, Tengku Mahkota

-YAM Tengku Ahmad Ibni Almarhum Sultan Abdullah
 Tengku Arif Temenggong II, Tengku Panglima Perang III,Orang Kaya Indera Segara 8,Tengku  Setia Muda


Perempuan

-YAM Tengku Long Hamidah Binti Almarhum Sultan Abdullah

-YAM Tengku Kechik Kamariah Binti Almarhum Sultan Abdullah



Che Wan Chantik bt Wan Mohd Amin

Lelaki

-YAM Tengku Ismail Ibni Almarhum Sultan Abdullah (1917)
Orang Kaya Indera Segara

-YAM Tengku Haji Hussain Ibni Almarhum Sultan Abdullah  (1919)

-YAM Tengku Abdul Ghani Ibni Almarhum Sultan Abdullah (1921

-YAM Tengku Dato Abdul Khalid Ibni Almarhum Sultan Abdullah (1924
Tengku Panglima Besar ,Orang Kaya Indera Segara

-YAM Tengku Dato Abdul Hamid Ibni Almarhum Sultan Abdullah (1926-1987)
Tengku Aria


Perempuan

-YAM Tengku Hajjah Aminah Binti Almarhum Sultan Abdullah

-YAM Tengku Aishah Binti Almarhum Sultan Abdullah

-YAM Tengku Maimunah Binti Almarhum Sultan Abdullah
Tengku Panglima Bongsu


Monday, July 1, 2013

Gelaran Tengku Temenggong di Negeri-Negeri

Pahang

Tengku Arif Temenggong Pahang
YAM Tengku Abdul Fahd Muadzam Ibni Sultan Ahmad Shah

Terengganu

Tengku Sri Temenggong Raja Terengganu
YAM Tengku Dato badrul Hisham@ Baharuddin Ibni Almarhum Sultan Mahmud


Kedah

Tunku Paduka Maharaja Temenggong Kedah
YTM Tunku Dato Seri Di Raja Mahmud Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah


Perlis

Tengku Sharif Temenggong Perlis
YAM Dato Seri Diraja Syed Amir Zainal Abidin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail

Johor

Tunku Temengong Johor
YTM Tunku Idris Iskandar Ismail Abdul Rahman Ibni Sultan Ibrahim



Selangor

Tengku Aris Temenggong Selangor
YAM Tengku Dato Setia Muhammad Yusuf Shah Ibni Almarhum Sultan Sir Alaudian Suleiman
 Shah

Kelantan

Tengku Temenggung Kelantan


Monday, May 6, 2013

Hari Hol Pahang


Hari ini 7 Mei 2013 adalah sempena hari memperingati kemangkatan KDYMM Almarhum Sir Sultan Abu Bakar Ibni Almarhum Sultan Abdullah (Sultan Pahang yang ke 4 ).

Pada hari ini semua rakyat Pahang mendapat cuti umum satu hari,so gunakanlah cuti satu hari ini dengan lebih baik untuk rileks bersama keluarga yek.Selamat bercuti semua.
Almarhum telah mangkat pada 5 Mei 1974 setelah memerintah negeri Pahang selama 42 tahun. Almarhum merupakan Ayahanda kepada Sultan Pahang sekarang iaitu Sultan Ahmad Shah dan Kekanda kepada YAM Tengku Temenggong Ahmad.Istiadat pemakaman telah diadakan pada 7 Mei 1974.Bermula pada tarikh tersebut setiap tahun akan diberikan cuti kepada pihak kerajaan dan swasta cuti satu hari.


Semoga Allah memberkati roh Almarhum dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.Alfatihah.

Wednesday, April 17, 2013

Peraturan dan Tatacara Mengangkat Sembah Kepada Sultan Di Pahang

PERATURAN ADAT MENGANGKAT SEMBAH DI PAHANG

Dalam mana-mana majlis sama ada di istana, Balai Rong atau di tempat-tempat lain yang dihadiri oleh Baginda Sultan; maka hendaklah diangkat sembah kepada Baginda sahaja dan tidak boleh diangkat sembah kepada yang lain.

Mana-mana majlis yang tidak dihadiri oleh Baginda Sultan, maka mengangkat sembah boleh dilakukan kepada mana-mana kerabat diraja terkanan sekali (mengikut susunan
di atas). Hanya seorang kerabat diraja terkanan sahaja yang
perlu diangkat sembah.

Apabila berangkat dua orang Sultan (dari negeri berbeza) dalam sebuah majlis, maka menurut adat istiadat Pahang hendaklah mengangkat sembah kepada Sultan yang memerintah negeri itu sahaja. Tidak boleh mengangkat sembah kepada dua orang Sultan dalam satu majlis.

TATACARA MENGANGKAT SEMBAH DI PAHANG

KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA BAGINDA SULTAN


Sepuluh jari tangan disusun rapat, kemudian di angkat ke dahi dengan pangkal dua ibu jari tangan jejak antara dua kening.

KEBAWAH DULI YANG TERAMAT MULIA TENGKU MAHKOTA

Pangkal dua ibu jari hendaklah terkebawah sedikit antara dua kening

YAM TENGKU ARIF BENDAHARA / TENGKU ARIF TEMENGGONG

Pangkal dua ibu jari hendaklah jejak pada paras mata.


* Pada pemerintahan KDYMM Sultan Ahmad Shah , angkat sembah kepada YAM Tengku Arif Bendahara dan Tengku Arif Temenggong telah dimansuhkan.

Sumber : Peraturan Adat Istiadat Raja-Raja Negeri Pahang, YAM Tengku Arif Bendahara, Tengku Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar (1971), hlm. 43 – 44.

Tahniah YM Tengku Dato Zulkifly bin Tengku Ahmad



Alhamdulillah dan bersyukur di atas kehadrat Ilahi sekali lagi tahniah diucapkan kepada Ayah Zul kerana telah diberi watikah pelantikan oleh Barisan Nasional bagi membantu dan menjadi calon pemimpin bagi Dun Tanjung Lumpur bagi PRU ke 13 ini.Jadikan sebagai cabaran dan rezeki yang telah dikurniakan Allah ini untuk memberi perubahan kepada kawasan Tanjung Lumpur malah sejajar dengan era kemodenan bandar Kuantan.

Walaupun berat tanggungjawab ini tetapi kepercayaan akan diberikan oleh penduduk kawasan .Lakukanlah yang terbaik,kami keluarga Tengku Arif Temenggong akan sentiasa berdoa dan memberi sokongan penuh bagi meraih kejayaan pada pilihanraya kelak yang akan diadakan 5 Mei 2013 nanti.

Teruskan perjuangan bagi meneruskan kegemilangan keluarga Almarhum YAM Tengku Arif Temengong Pahang Tengku Ahmad.In Shaa Allah akan memperolehi kemenangan nanti.

Kepada penduduk kawasan Dun Tanjung Lumpur teruskan memberi sokongan padu pada YM Tengku Zulkifly

May Allah bless u.

N 15 TANJUNG LUMPUR - TENGKU DATO HAJI ZULKIFLY BIN TENGKU AHMAD





Monday, January 28, 2013

Tengku Zalehar bersama adinda Tengku Jamaliah


                                       YM Tengku Zalehar bersama adinda YM Tengku Jamaliah

Sunday, January 27, 2013