Showing posts with label bendahara. Show all posts
Showing posts with label bendahara. Show all posts

Tuesday, August 4, 2026

SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN KEPADA YAM TENGKU ARIF BENDAHARA PAHANG


 3hb Ogos 2026-Dengan penuh rasa hormat dan takzim, seluruh Waris-waris Tengku Arif Temenggong Pahang II merafak setinggi-tinggi ucapan Selamat Menyambut Ulang Tahun Hari  kepada Yang amat Mulia Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri'ayatuddin Shah ibni Al- Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.


Thursday, January 1, 2026

Pengurniaan Gelaran Yang Hormat Mulia Tengku Puan Bendahara Kepada Yang Hormat Mulia Tengku Natasya Puteri Binti Tengku Adnan

 


Pada 1Hb Januari 2026 bersamaan 11Rejab 1447 Hijrah pihak Istana Pahang telah mengisytiharkan bahawa Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah telah mengampunilimpah pekenan berkenaan mengurniakan gelaran Yang Hormat Mulia Tengku Puan Bendehara ke atas tubuh Yang Hormat Mulia Tengku Natasya Puteri Binti Tengku Adnan ,selaku suri kepada Yang Amat Mulia Tengku Arif Bendahara.

Wednesday, March 25, 2020

Memperingati Kemangkatan 20 tahun YAM Tengku Arif Temenggong Pahang II

Al Fatihah,

Hari ini 25/3/2020 adalah genap 20 tahun Kemangkatan Almarhum Tok ke Rahmatullah.Semoga roh Almarhum sentiasa dirahmati oleh Allah SWT dan sentiasa bersama orang-orang yang beriman.Amin

25/3/2000 - 25/3/2020

YAM Tengku Afif Temenggong Pahang II ,
Almarhum Tengku Ahmad Ibni Almarhum Sultan Abdullah.

Tuesday, October 27, 2015

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan


Pada 24hb Oktober 2015 sempena memuliakan Hari Keputeraan KDYMM Sultan Pahang yang ke 85 , setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Ayah man ( Tengku Razman Shah) dan Abg Dali Isa diatas penerimaan darjah DIMP yang membawa gelaran Dato.

Semoga dengan penerimaan darjah kebesaran ini akan memberi impak dan fenomena yang baru dalam menjalani kehidupan seharian demi memartabatkan Warisan Temenggong Ahmad .

Lantas semoga dengan penerimaan title Dato ini juga memberi pendekatan lagi dengan pemerintah di negeri Pahang dan semoga akan terus memberi taat setia kepada KDYMM Sultan Pahang dan juga bakal pemerintah di Negeri Pahang.

Tuesday, July 2, 2013

Kekanda dan Adinda Tengku Arif Temenggong Pahang

Che Endut

Lelaki

-YAM Tengku Abdul Rahman Ibni Almarhum Sultan Abdullah (1898-1919)

-YAM Tengku Mahmud Ibni Almarhum Sultan Abdullah   (1907-1965)
     Tengku Arif Bendahara I 

-YAM Tengku Haji Abdul Aziz Ibni Almarhum Sultan Abdullah (1909)
     Tengku Arif Temenggong I


Perempuan

-YAM Tengku Rokiah Binti Almarhum Sultan Abdullah

-YAM Tengku Wok Zahara Binti Almarhum Sultan Abdullah




Hajah Che Kalsum bt Abdullah (Tengku Ampuan Besar)

Lelaki

-KDYMM Sultan Abu Bakar Ibni Almarhum Sultan Abdullah (1904-1974)
Sultan Pahang, Tengku Mahkota

-YAM Tengku Ahmad Ibni Almarhum Sultan Abdullah
 Tengku Arif Temenggong II, Tengku Panglima Perang III,Orang Kaya Indera Segara 8,Tengku  Setia Muda


Perempuan

-YAM Tengku Long Hamidah Binti Almarhum Sultan Abdullah

-YAM Tengku Kechik Kamariah Binti Almarhum Sultan Abdullah



Che Wan Chantik bt Wan Mohd Amin

Lelaki

-YAM Tengku Ismail Ibni Almarhum Sultan Abdullah (1917)
Orang Kaya Indera Segara

-YAM Tengku Haji Hussain Ibni Almarhum Sultan Abdullah  (1919)

-YAM Tengku Abdul Ghani Ibni Almarhum Sultan Abdullah (1921

-YAM Tengku Dato Abdul Khalid Ibni Almarhum Sultan Abdullah (1924
Tengku Panglima Besar ,Orang Kaya Indera Segara

-YAM Tengku Dato Abdul Hamid Ibni Almarhum Sultan Abdullah (1926-1987)
Tengku Aria


Perempuan

-YAM Tengku Hajjah Aminah Binti Almarhum Sultan Abdullah

-YAM Tengku Aishah Binti Almarhum Sultan Abdullah

-YAM Tengku Maimunah Binti Almarhum Sultan Abdullah
Tengku Panglima Bongsu


Tuesday, May 24, 2011

RAJA BENDAHARA

RAJA BENDAHARA PAHANG

1688-1697:Tun Habib Abdul Majid bin Tun Mat Ali

1697-1699:Tun Abdul Jalil bin Tun Habib Abdul Majid

1699-1708:Tun Mas Anom bin Tun Habib Abdul Majid

1708-1716:Tun Abdullah bin Tun Habib Abdul Majid

1718-1721:Tun Abdul Djamal bin Tun Habib Abdul Majid

1722-1724:Tun Abbas bin Sultan Abdul Jalil IV

1724-1734:Tun Husain bin Sultan Abdul Jalil IV

1734-1748:Tun Mutahir bin Sultan Abdul Jalil IV

1748-1777:Tun Hasan bin Tun Abbas

1777-1802:Tun Abdul Majid bin Tun Hasan

1802-1803:Tun Muhammad

1803-1806:Tun Koris

1806-1847:Tun Ali

1847-1863:Tun Mutahir bin Tun Ali

1863-1882:Tun Ahmad (Memegang gelaran Sultan Ahmad Muadzam Shah)