Monday, June 29, 2026
KDPB SULTAN PAHANG BERSAMA KERABAT BERGELAR DAN PEMBESAR-PEMBESAR BAGINDA
Gambar kenangan yang terindah KDPB Sultan Pahang bersama Anakanda Baginda Kerabat Bergelar,YAB Menteri Besar Pahang,Orang Besar Berempat,Orang Besar Berlapan,Orang Besar Enam Belas. Orang Besar Raja dan Orang Besar Istana.
SALAM TAKZIAH BUAT KELUARGA YH TOK LUAR DATO HAJI JAMALUDDIN BIN HAJI AHMAD
KUANTAN, 28 Jun 2026 - Salam takziah buat keluarga Allahyarham YH Tok Luar , Dato Haji Jamaluddin Bin Haji Ahmad yang telah menghembuskan nafas terakhir pada pukul 6.48 Pagi tadi di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan.
Beliau adalah salah seorang Orang Besar Istana Pahang.Semoga roh Allahyarham akan sentiasa dirahmati dan sentiasa disamping Allah SWT.
Al Fatihah.
Wednesday, January 14, 2026
ORANG BESAR BERLAPAN NEGERI PAHANG
Orang Besar Berlapan
YHM Dato’ Setia Pahlawan Pahang
Tengku Dato’ Indera Aidy Ahmad Shah Bin YAM Tengku Besar Tengku Kamil Ismail,
YHM Dato’ Setia Penggawa Pahang
Tengku Dato’ Haji Abdul Manan Bin Tengku Temenggong Abdul Aziz
YH Dato’ Setia Perkasa Pahang
Dato' Seri Muhammad Safian Bin Ismail
YH Dato’ Setia Muda Pahang
Dato’ Haji Wan Jasmin bin Dato’ Haji Wan Badiuzzaman
YH Dato’ Setia Lela Pahang
Dato’ Indera Wan Abu Bakar Bin Wan Mohamed
YHM Dato’ Setia Raja Pahang
Tengku Dato' Ibrahim @ Alam Shah bin Tengku Abdul Ghani
YH Dato’ Setia Wangsa Pahang
Dato' Haji Md Rusli Bin Ismail,
YHM Dato’ Setia Amar Segara Pahang
Tengku Dato’ Haji Mustaffa Bin Tengku Dato Haji Ibrahim,
* Isteri bergelar Tok Puan Setia
Orang Besar Berempat Negeri Pahang
ORANG BESAR NEGERI PAHANG
Orang Besar BerempatYDH Orang Kaya lndera Shah Bandar Pahang
Dato Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak
DK.,SSAP.,SIMP.,SPMK.,SPMS.,SSSJ.,SPSA.,SPDK.,DUNM.,SPNS.,DPMS.,DSAP.,PNBS.,
YDHM Orang Kaya Indera Segara Pahang
Tengku Dato’ Seri Haji Zulkifly bin Tengku Arif Temenggong Ahmad,
SSAP.,DIMP.
YDH Orang Kaya Indera Pahlawan Pahang
Dato Seri Wan Haji Abdul Wahid bin Wan Haji Hassan,
SSAP., SIMP., DSAP., SAP., JSM., AMP.
YDH Orang Kaya Indera Perba Jelai Pahang
-Kosong-
* Isteri bergelar Tok Puan Indera
* Dulu dikenali juga sebagai YDH Orang Kaya Indera Maharaja Perba Jelai dan digantikan dengan gelaran YDH Orang Kaya Indera Perba Jelai.
Wednesday, January 7, 2026
Kerabat Bergelar Negeri Pahang
Senarai berikut adalah senarai Kerabat Bergelar bagi Negeri Pahang semasa pemerintahan KDPB Al- Sultan Abdullah Ri'Ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Ahmad Shah Al-Musta'in Billah.
Friday, January 2, 2026
PERLANTIKAN ORANG-ORANG BESAR BAGI NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR YANG TERBAHARU
Berkuatkuasa pada 1HB Januari 2026 bersamaan 11 Rejab 1447 Hijrah, perlantikan Orang -Orang Besar Bagi Negeri Pahang Darul Makmur.
Thursday, January 1, 2026
Gelaran Terkini Sultan Pahang , Tengku Ampuan Pahang & Tengku Mahkota Pahang
Berkuatkuasa pada Khamis, 14 Mac 2024 bersamaan 3 Ramadhan 1445 Hijrah gelaran daripada KDYMM (Kebawah Duli Yang Maha Mulia )Sultan Pahang telah bertukar kepada KDPB ( Kebawah Duli Paduka Baginda ) Sultan Pahang , manakala KDYMM Tengku Ampuan Pahang telah digantikan dengan gelaran KDPB Tengku Ampuan Pahang serta KDYTM (Kebawah Duli Yang Teramat Mulia) Tengku Mahkota Pahang kepad KDPM (Kebawah Duli Paduka Mulia ) Tengku Mahkota.
Pengurniaan Gelaran Yang Hormat Mulia Tengku Puan Bendahara Kepada Yang Hormat Mulia Tengku Natasya Puteri Binti Tengku Adnan
Thursday, August 12, 2021
YH Dato Setia Wangsa, Orang Besar Berlapan Pahang meninggal dunia.
Ucapan takziah kepada keluarga YH Dato' Setia Wangsa Dato' Indera Haji Mustafa Bin Abu Bakar.
Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh beliau dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.
Al Fatihah.
YH Dato Setia Wangsa
(Orang Besar Berlapan Pahang)
Monday, August 2, 2021
Hari Keputeraan KDYMM Sultan Pahang yang ke- 62
Merafak Sembah Dan Setinggi Ucapan Tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta'in Billah sempena memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang ke-62 pada 30hb Julai 2021.
Selamat Menyambut Hari Keputeraan YAM Tengku Arif Bendahara Pahang
Setinggi tinggi tahniah kepada Yang Amat Mulia Tengku Panglima Besar Pahang
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Yang Amat Mulia Tengku Azlan Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah atas kurniaan gelaran Yang Amat Mulia Tengku Panglima Besar Pahang pada 30hb Julai 2021.
Friday, July 16, 2021
Orang Kaya Indera Segara (OKIS) Bagi Negeri Pahang
Wednesday, March 25, 2020
Memperingati Kemangkatan 20 tahun YAM Tengku Arif Temenggong Pahang II
Hari ini 25/3/2020 adalah genap 20 tahun Kemangkatan Almarhum Tok ke Rahmatullah.Semoga roh Almarhum sentiasa dirahmati oleh Allah SWT dan sentiasa bersama orang-orang yang beriman.Amin
25/3/2000 - 25/3/2020
YAM Tengku Afif Temenggong Pahang II ,
Almarhum Tengku Ahmad Ibni Almarhum Sultan Abdullah.
Thursday, January 9, 2020
Kemangkatan YAM Tengku Panglima Perang Pahang Ke-5
Pada tarikh tersebut satu lagi berita sedih Kemangkatan Ayahanda Saudara KDYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong.Almarhum adalah adinda kepada KDYMM Paduka Ayahanda Sultan Pahang ke - 5.
Pemergian Al-Marhum YAM Tengku Panglima Perang Pahang yang Ke 5 , Tengku Abdul Aziz Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri;ayatuddin Al-Muadzam Shah ,hilangnya seorang lagi Kerabat Bergelar Pahang.
Semoga roh Al-Marhum ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.Amin..YRA..Al-Fatihah
1945-2019
Sekalung Tahniah Buat Tengku Mohd Najirulzamal
Sekalung tahniah buat YM Tengku Mohd Najirulzamal bin Tengku Dato' Jamaluddin di atas Penganugerahan daripada KDYMM Al-Sultan Abdullah dengan membawa gelaran YHM Tok Muda (Orang Besar Enam Belas) dan juga Dato Paduka Lela.
Sebelum ini, gelaran adalah Dato' Paduka Maharajalela.Selepas pemerintahan KDYMM Al -Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah menukar gelaran tersebut kepada Dato' Paduka Lela.
Semoga dengan penganugerahan anugerah dan gelaran ini akan membawa nama baik keluarga YAM Tengku Arif Temenggong Pahang II. Tahniah diucapkan sekali lagi.
Hari Keputeraan KDYMM Pemangku Raja Pahang
Merafak sembah setinggi- tinggi tahniah ke sisi KDYMM Pemangku Raja Pahang , Tengku Mahkota , Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersempena Hari Ulang Tahun Keputeraan Tuanku.
Daulat Tuanku
Dirgahayu Tuanku
Pertabalan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong XVI
Merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah bersempena dengan Hari Keputeraan KDYMM Tuanku yang ke 60 serta Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong XVI, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah dan Kebawah duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Pemaisuri Agong , Tunku Hajjah Azizah Maimunah Iskandariah Ibni Al-Marhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj pada 30 Julai 2019.
Kemangkatan Paduka Ayahanda Sultan Pahang Ke-5
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Almarhum .
Al Fatihah.
24 Oktober 1930 - 22 Mei 2019
Kemangkatan YAM Tengku Arif Bendahara Pahang
![]() |
| Tengku Arif Bendahara Pahang Ke 3 |
Pada 13hb Ogos 2018 bersamaan 1 Zulhijjah 1439 Hijrah ,adinda kepada Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah , Yang Amat Mulia Tengku Arif Bendahara Pahang Tengku Tan Sri Abdullah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar telah kembali ke Rahmatullah di sebuah Hospital Swasta di Kuala Lumpur.
Almarhum telah memegang gelaran Kerabat Bergelar ini dari tahun 1989 hingga tahun Ogos 2018 dan merupakan Tengku Arif Bendahara Pahang yang ketiga.
Kini gelaran Kerabat Bergelar Tengku Arif Bendahara Pahang telah dikurniakan kepada anakanda Sultan Pahang Al- Sultan Abdullah, Yang Amat Mulia Tengku Muhammad Iskandar Ri'ayatuddin Shah bermula tahun 2019.
Al Fatihah.















