Tengku Arif Temenggong Pahang II

Wednesday, April 17, 2013

Peraturan dan Tatacara Mengangkat Sembah Kepada Sultan Di Pahang

PERATURAN ADAT MENGANGKAT SEMBAH DI PAHANG

Dalam mana-mana majlis sama ada di istana, Balai Rong atau di tempat-tempat lain yang dihadiri oleh Baginda Sultan; maka hendaklah diangkat sembah kepada Baginda sahaja dan tidak boleh diangkat sembah kepada yang lain.

Mana-mana majlis yang tidak dihadiri oleh Baginda Sultan, maka mengangkat sembah boleh dilakukan kepada mana-mana kerabat diraja terkanan sekali (mengikut susunan
di atas). Hanya seorang kerabat diraja terkanan sahaja yang
perlu diangkat sembah.

Apabila berangkat dua orang Sultan (dari negeri berbeza) dalam sebuah majlis, maka menurut adat istiadat Pahang hendaklah mengangkat sembah kepada Sultan yang memerintah negeri itu sahaja. Tidak boleh mengangkat sembah kepada dua orang Sultan dalam satu majlis.

TATACARA MENGANGKAT SEMBAH DI PAHANG

KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA BAGINDA SULTAN


Sepuluh jari tangan disusun rapat, kemudian di angkat ke dahi dengan pangkal dua ibu jari tangan jejak antara dua kening.

KEBAWAH DULI YANG TERAMAT MULIA TENGKU MAHKOTA

Pangkal dua ibu jari hendaklah terkebawah sedikit antara dua kening

YAM TENGKU ARIF BENDAHARA / TENGKU ARIF TEMENGGONG

Pangkal dua ibu jari hendaklah jejak pada paras mata.


* Pada pemerintahan KDYMM Sultan Ahmad Shah , angkat sembah kepada YAM Tengku Arif Bendahara dan Tengku Arif Temenggong telah dimansuhkan.

Sumber : Peraturan Adat Istiadat Raja-Raja Negeri Pahang, YAM Tengku Arif Bendahara, Tengku Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar (1971), hlm. 43 – 44.

Tahniah YM Tengku Dato Zulkifly bin Tengku Ahmad



Alhamdulillah dan bersyukur di atas kehadrat Ilahi sekali lagi tahniah diucapkan kepada Ayah Zul kerana telah diberi watikah pelantikan oleh Barisan Nasional bagi membantu dan menjadi calon pemimpin bagi Dun Tanjung Lumpur bagi PRU ke 13 ini.Jadikan sebagai cabaran dan rezeki yang telah dikurniakan Allah ini untuk memberi perubahan kepada kawasan Tanjung Lumpur malah sejajar dengan era kemodenan bandar Kuantan.

Walaupun berat tanggungjawab ini tetapi kepercayaan akan diberikan oleh penduduk kawasan .Lakukanlah yang terbaik,kami keluarga Tengku Arif Temenggong akan sentiasa berdoa dan memberi sokongan penuh bagi meraih kejayaan pada pilihanraya kelak yang akan diadakan 5 Mei 2013 nanti.

Teruskan perjuangan bagi meneruskan kegemilangan keluarga Almarhum YAM Tengku Arif Temengong Pahang Tengku Ahmad.In Shaa Allah akan memperolehi kemenangan nanti.

Kepada penduduk kawasan Dun Tanjung Lumpur teruskan memberi sokongan padu pada YM Tengku Zulkifly

May Allah bless u.

N 15 TANJUNG LUMPUR - TENGKU DATO HAJI ZULKIFLY BIN TENGKU AHMAD