PERATURAN ADAT MENGANGKAT SEMBAH DI PAHANG
Dalam mana-mana majlis sama ada di istana, Balai Rong atau di tempat-tempat lain yang dihadiri oleh Baginda Sultan; maka hendaklah diangkat sembah kepada Baginda sahaja dan tidak boleh diangkat sembah kepada yang lain.
Mana-mana majlis yang tidak dihadiri oleh Baginda Sultan, maka mengangkat sembah boleh dilakukan kepada mana-mana kerabat diraja terkanan sekali (mengikut susunan
di atas). Hanya seorang kerabat diraja terkanan sahaja yang
perlu diangkat sembah.
Apabila berangkat dua orang Sultan (dari negeri berbeza) dalam sebuah majlis, maka menurut adat istiadat Pahang hendaklah mengangkat sembah kepada Sultan yang memerintah negeri itu sahaja. Tidak boleh mengangkat sembah kepada dua orang Sultan dalam satu majlis.
TATACARA MENGANGKAT SEMBAH DI PAHANG
KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA BAGINDA SULTAN
Sepuluh jari tangan disusun rapat, kemudian di angkat ke dahi dengan pangkal dua ibu jari tangan jejak antara dua kening.
KEBAWAH DULI YANG TERAMAT MULIA TENGKU MAHKOTA
Pangkal dua ibu jari hendaklah terkebawah sedikit antara dua kening
YAM TENGKU ARIF BENDAHARA / TENGKU ARIF TEMENGGONG
Pangkal dua ibu jari hendaklah jejak pada paras mata.
* Pada pemerintahan KDYMM Sultan Ahmad Shah , angkat sembah kepada YAM Tengku Arif Bendahara dan Tengku Arif Temenggong telah dimansuhkan.
Sumber : Peraturan Adat Istiadat Raja-Raja Negeri Pahang, YAM Tengku Arif Bendahara, Tengku Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar (1971), hlm. 43 – 44.
unik. ada peraturan tersendiri. teringin pulak nak buat tatacara mengangkat sembah.
ReplyDeleteSekarang hanya Tuanku Sultan,Sultanah,Tengku Mahkota dan Tengku Puan sahaja yang perlu diangkat sembah.Tq
ReplyDelete