Tuesday, July 2, 2013

Kekanda dan Adinda Tengku Arif Temenggong Pahang

Che Endut

Lelaki

-YAM Tengku Abdul Rahman Ibni Almarhum Sultan Abdullah (1898-1919)

-YAM Tengku Mahmud Ibni Almarhum Sultan Abdullah   (1907-1965)
     Tengku Arif Bendahara I 

-YAM Tengku Haji Abdul Aziz Ibni Almarhum Sultan Abdullah (1909)
     Tengku Arif Temenggong I


Perempuan

-YAM Tengku Rokiah Binti Almarhum Sultan Abdullah

-YAM Tengku Wok Zahara Binti Almarhum Sultan Abdullah




Hajah Che Kalsum bt Abdullah (Tengku Ampuan Besar)

Lelaki

-KDYMM Sultan Abu Bakar Ibni Almarhum Sultan Abdullah (1904-1974)
Sultan Pahang, Tengku Mahkota

-YAM Tengku Ahmad Ibni Almarhum Sultan Abdullah
 Tengku Arif Temenggong II, Tengku Panglima Perang III,Orang Kaya Indera Segara 8,Tengku  Setia Muda


Perempuan

-YAM Tengku Long Hamidah Binti Almarhum Sultan Abdullah

-YAM Tengku Kechik Kamariah Binti Almarhum Sultan Abdullah



Che Wan Chantik bt Wan Mohd Amin

Lelaki

-YAM Tengku Ismail Ibni Almarhum Sultan Abdullah (1917)
Orang Kaya Indera Segara

-YAM Tengku Haji Hussain Ibni Almarhum Sultan Abdullah  (1919)

-YAM Tengku Abdul Ghani Ibni Almarhum Sultan Abdullah (1921

-YAM Tengku Dato Abdul Khalid Ibni Almarhum Sultan Abdullah (1924
Tengku Panglima Besar ,Orang Kaya Indera Segara

-YAM Tengku Dato Abdul Hamid Ibni Almarhum Sultan Abdullah (1926-1987)
Tengku Aria


Perempuan

-YAM Tengku Hajjah Aminah Binti Almarhum Sultan Abdullah

-YAM Tengku Aishah Binti Almarhum Sultan Abdullah

-YAM Tengku Maimunah Binti Almarhum Sultan Abdullah
Tengku Panglima Bongsu


Monday, July 1, 2013

Gelaran Tengku Temenggong di Negeri-Negeri

Pahang

Tengku Arif Temenggong Pahang
YAM Tengku Abdul Fahd Muadzam Ibni Sultan Ahmad Shah

Terengganu

Tengku Sri Temenggong Raja Terengganu
YAM Tengku Dato badrul Hisham@ Baharuddin Ibni Almarhum Sultan Mahmud


Kedah

Tunku Paduka Maharaja Temenggong Kedah
YTM Tunku Dato Seri Di Raja Mahmud Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah


Perlis

Tengku Sharif Temenggong Perlis
YAM Dato Seri Diraja Syed Amir Zainal Abidin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail

Johor

Tunku Temengong Johor
YTM Tunku Idris Iskandar Ismail Abdul Rahman Ibni Sultan Ibrahim



Selangor

Tengku Aris Temenggong Selangor
YAM Tengku Dato Setia Muhammad Yusuf Shah Ibni Almarhum Sultan Sir Alaudian Suleiman
 Shah

Kelantan

Tengku Temenggung Kelantan


Monday, May 6, 2013

Hari Hol Pahang


Hari ini 7 Mei 2013 adalah sempena hari memperingati kemangkatan KDYMM Almarhum Sir Sultan Abu Bakar Ibni Almarhum Sultan Abdullah (Sultan Pahang yang ke 4 ).

Pada hari ini semua rakyat Pahang mendapat cuti umum satu hari,so gunakanlah cuti satu hari ini dengan lebih baik untuk rileks bersama keluarga yek.Selamat bercuti semua.
Almarhum telah mangkat pada 5 Mei 1974 setelah memerintah negeri Pahang selama 42 tahun. Almarhum merupakan Ayahanda kepada Sultan Pahang sekarang iaitu Sultan Ahmad Shah dan Kekanda kepada YAM Tengku Temenggong Ahmad.Istiadat pemakaman telah diadakan pada 7 Mei 1974.Bermula pada tarikh tersebut setiap tahun akan diberikan cuti kepada pihak kerajaan dan swasta cuti satu hari.


Semoga Allah memberkati roh Almarhum dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.Alfatihah.

Wednesday, April 17, 2013

Peraturan dan Tatacara Mengangkat Sembah Kepada Sultan Di Pahang

PERATURAN ADAT MENGANGKAT SEMBAH DI PAHANG

Dalam mana-mana majlis sama ada di istana, Balai Rong atau di tempat-tempat lain yang dihadiri oleh Baginda Sultan; maka hendaklah diangkat sembah kepada Baginda sahaja dan tidak boleh diangkat sembah kepada yang lain.

Mana-mana majlis yang tidak dihadiri oleh Baginda Sultan, maka mengangkat sembah boleh dilakukan kepada mana-mana kerabat diraja terkanan sekali (mengikut susunan
di atas). Hanya seorang kerabat diraja terkanan sahaja yang
perlu diangkat sembah.

Apabila berangkat dua orang Sultan (dari negeri berbeza) dalam sebuah majlis, maka menurut adat istiadat Pahang hendaklah mengangkat sembah kepada Sultan yang memerintah negeri itu sahaja. Tidak boleh mengangkat sembah kepada dua orang Sultan dalam satu majlis.

TATACARA MENGANGKAT SEMBAH DI PAHANG

KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA BAGINDA SULTAN


Sepuluh jari tangan disusun rapat, kemudian di angkat ke dahi dengan pangkal dua ibu jari tangan jejak antara dua kening.

KEBAWAH DULI YANG TERAMAT MULIA TENGKU MAHKOTA

Pangkal dua ibu jari hendaklah terkebawah sedikit antara dua kening

YAM TENGKU ARIF BENDAHARA / TENGKU ARIF TEMENGGONG

Pangkal dua ibu jari hendaklah jejak pada paras mata.


* Pada pemerintahan KDYMM Sultan Ahmad Shah , angkat sembah kepada YAM Tengku Arif Bendahara dan Tengku Arif Temenggong telah dimansuhkan.

Sumber : Peraturan Adat Istiadat Raja-Raja Negeri Pahang, YAM Tengku Arif Bendahara, Tengku Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar (1971), hlm. 43 – 44.

Tahniah YM Tengku Dato Zulkifly bin Tengku Ahmad



Alhamdulillah dan bersyukur di atas kehadrat Ilahi sekali lagi tahniah diucapkan kepada Ayah Zul kerana telah diberi watikah pelantikan oleh Barisan Nasional bagi membantu dan menjadi calon pemimpin bagi Dun Tanjung Lumpur bagi PRU ke 13 ini.Jadikan sebagai cabaran dan rezeki yang telah dikurniakan Allah ini untuk memberi perubahan kepada kawasan Tanjung Lumpur malah sejajar dengan era kemodenan bandar Kuantan.

Walaupun berat tanggungjawab ini tetapi kepercayaan akan diberikan oleh penduduk kawasan .Lakukanlah yang terbaik,kami keluarga Tengku Arif Temenggong akan sentiasa berdoa dan memberi sokongan penuh bagi meraih kejayaan pada pilihanraya kelak yang akan diadakan 5 Mei 2013 nanti.

Teruskan perjuangan bagi meneruskan kegemilangan keluarga Almarhum YAM Tengku Arif Temengong Pahang Tengku Ahmad.In Shaa Allah akan memperolehi kemenangan nanti.

Kepada penduduk kawasan Dun Tanjung Lumpur teruskan memberi sokongan padu pada YM Tengku Zulkifly

May Allah bless u.

N 15 TANJUNG LUMPUR - TENGKU DATO HAJI ZULKIFLY BIN TENGKU AHMAD





Monday, January 28, 2013

Tengku Zalehar bersama adinda Tengku Jamaliah


                                       YM Tengku Zalehar bersama adinda YM Tengku Jamaliah

Sunday, January 27, 2013

Cik Puan Asiah



                                     Almarhum YAM Tengku Ahmad bersama Cik Puan Asiah

Tengku Arif Temenggong Pahang II


                                                  YAM Tengku Arif Temenggong Pahang II

Thursday, December 27, 2012

Senarai Nama Pembesar dan Kerabat bergelar Di Negeri Pahang

Kerabat Bergelar Negeri Pahang

KDYTM Tengku Mahkota Pahang
Tengku Abdullah Al Haj Ibni Sultan Ahmad Shah,
DK.,SSAP.,SIMP.,DK(TERENGGANU).,DK(JOHOR).,SPMJ.,PAT

YAM Tengku Muda Pahang
Tengku Dato Seri Abdul Rahman Ibni Sultan Ahmad Shah
DK.,SSAP

YAM Tengku Arif Temenggong Pahang
Tengku Fahd Mu’adzam Ibni Sultan Ahmad Shah
DK.,

YAM Tengku Arif Bendahara Pahang
Tengku Dato Seri Abdullah Ibni Sultan Abu Bakar
DK.,SSAP.,SSMT.,SIMP.,SPMT.,DJML.,

YAM Tengku Puteri Seri Lela Wangsa Pahang
Tengku Tan Sri Hajjah Meriam binti Sultan Haji Ahmad
DK.,SIMP.,PSM.,JP

YAM Tengku Besar Pahang
Tengku Kamil Ismail Bin Tengku Seri Paduka Shahbandar Idris Shah
SSAP.,SIMP.,

YAM Tengku Seri Nila Utama Pahang
Tengku Hajjah AinonJamil binti Almarhum Sultan Abu Bakar
DK.,SIMP.,

YAM Tengku Puteri Seri Teja Pahang
Tengku Hajjah Dato Seri Muhaini binti Sultan Ahmad Shah
DK.,SIMP.,

YAM Tengku Puteri Seri Kemala Pahang
Tengku Hajjah Dato Seri Aishah Marcella binti Sultan Haji Ahmad Shah
DK.,SIMP

YAM Tengku Puteri Seri Lela Manja Pahang
Tengku Dato Hajjah Nong Fatimah binti Sultan Ahmad Shah
DK.,SIMP.,

YAM Tengku Puteri Seri Bongsu Pahang
Tengku Datuk Shahariah binti Sultan Ahmad Shah
DK.,SIMP.,

YAM Tengku Panglima Perang Pahang
-Kosong



YAM Tengku Panglima Besar Pahang
Tengku Ibrahim Bin Tengku Besar Sulaiman
SIMP.,DIMP.,SAP.,





ORANG BESAR NEGERI

Orang Besar Berempat

YAB Perdana Menteri Malaysia (Menteri Kewangan 1)
YDH Orang Kaya lndera Shah Bandar Pahang
Dato Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak
SSAP.,SIMP.,SPMK.,SPMS.,SSSJ.,SPSA.,SPDK.,DUNM.,SPNS.,DPMS.,DSAP.,PNBS.,

YDH Orang Kaya Indera Segara Pahang
Tengku Dato’ Haji Asmawi bin Tengku Haji Hussin,
DSAP., DIMP., SAP., AMN.

YDH Orang Kaya Indera Pahlawan Pahang
Dato Seri Wan Haji Abdul Wahid bin Wan Haji Hassan,
SSAP., SIMP., DSAP., SAP., JSM., AMP.

YDH Orang Kaya Indera Maharaja Perba Jelai Pahang
Dato Haji Wan Abdul Rahman bin Dato Wan Ibrahim
DIMP.,SMP.,AMN.,PJK.,

* Isteri bergelar Tok Puan Indera


Orang Besar Berlapan


YH Dato’ Setia Pahlawan Pahang
YM Tengku Dato’ Haji Iskandar Abu Bakar bin Tengku Ali,
DSAP., DIMP, SAP., AMN., PJK

YH Dato’ Setia Penggawa Pahang
Yang Mulia Ungku Dato’ Hakim bin Ungku Mohamad,
DSAP., DIMP, JSD., PJK., PPS.

YH Dato’ Setia Perkasa Pahang
YM Tengku Dato Haji Zulkifly bin Tengku Ahmad
DIMP.,


YH Dato’ Setia Muda Pahang
Dato’ Haji Wan Jasmin bin Dato’ Haji Wan Badiuzzaman, DIMP.

YH Dato’ Setia Lela Pahang
YM Tengku Dato’ Haji Perang bin Tengku Razlan,
DIMP., AMP., AMN., PJK.


YH Dato’ Setia Raja Pahang
Tan Sri Dato Seri Haji Mustafar bin Abu Bakar
SSAP.,SIMP.,PMN.,SPDK.,SMK.,

YH Dato’ Setia Wangsa Pahang
Dato' Haji Mustafar bin Abu Bakar,
SIMP., DSAP., DIMP., SAP., AMP., AMN

YH Dato’ Setia Amar Segara Pahang
Dato’ Haji Halim bin Haji Ibrahim,
DSAP., DIMP., SMP., PKC



* Isteri bergelar Tok Puan Setia





Orang Besar Enam Belas

Ahli-ahli terdiri daripada 16 orang yang bergelar Yang Hormat Tok Muda

YM Tok Muda Tengku Haji Razman Shah bin Tengku Ahmad,
SAP.,

YM Tok Muda Tengku Abdul Manan bin Tengku Temenggong Haji Aziz
SAP.,

YM Tok Muda Engku Dato Haji abdul Rahman bin Engku Haji Abdullah
DIMP.,SMP.,AAP.,PJK.,

YH Tok Muda Kol (B) Dato Hashim bin Mohammed Ali
DIMP.,SAP.,JSD.,SDK.,KMN.,KPK.,PSC.,

YH Tok Muda Dato’ Haji Asmad bin Haji Sulaiman,
DIMP., SAP., SMP., PJK.

YH Tok Muda Dato’ Haji Abu Bakar bin Haji Abdullah,
DIMP., SMP., AMP., PJK.

YM Tok Muda Ungku Dato Abdul Arif bin Ungku Hasbar
DIMP.,AMP.,AMN.,PJK.,

YM Tok Muda Tengku Dato Drahman bin Tengku Zohri
DIMP.,AMP.,

YH Tok Muda Dato Mej (b) Haji Ahmad Baharuddin bin Haji Mohd Akil
DIMP.,AMN.,PJK

YH Tok Muda Haji Abdul Shukor bin Haji Yaakob
DIMP.,AMP.,

YH Tok Muda Haji Talib bin Sulaiman
SMP.,AMP.,PKC.,PJK.,

YH Tok Muda Wan Zainal Mokhtar bin Dato Wan Haji Ahmad Tajuddin
AAP.,




*Isteri bergelar Datin

Orang Besar Raja

YM Tengku Setia Jaya Pahang
Tengku Dato Mohammad Ariffin bin Tengku Ismail
DIMP.,SAP.,


YH Tok Pentara Raja
Dato Haji Ismail bin Marzuki
DIMP.,SAP.,AAP.,AMP.,PJK.,

YH Tok Aria Rakna
Dato’ Haji Abdul Murad bin Abdul Rani,
DIMP.,AAP, AMP., PJK.

YH Tok Bijaya Diraja
Wan Ibrahim bin Wan Salleh
AMP.,PJK.,




Orang Besar Istana

YH Panglima Dalam (Tok Dalam)
Encik Mohd Taib bin Abu Bakar,
SMP., AMP.

YH Penghulu Balai
Dato haji Mohd Khalid bin Jusoh
DIMP.,AMP.,AMN.,PJK.,

YH Tok Luar
Encik Wan Nor Anua bin Wan Mansor,
SMP., PKT., PJK




Lantikan

Ahli Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang

Ahli Jumaah Pangkuan Negeri


Dato’ Yang Kehormat Pahang (Dato’ Kurnia)

YH Dato’ Kurnia Sentosa
YH Dato’ Kurnia Bija Sura
YH Dato’ Kurnia Mahajana
YH Dato’ Kurnia Jaya
YH Dato’ Kurnia Juru Sanggana
YH Dato’ Kurnia Wijaya DiRaja
YH Dato’ Kurnia Biduwanda
YH Dato’ Kurnia Khalil
YH Dato’ Kurnia Perwira
YH Dato’ Kurnia Pekerti
YH Dato’ Kurnia Pekerma Raja
YH Dato’ Kurnia Arjuna
YH Dato’ Kurnia Ismara
YH Dato’ Kurnia Jaya
YH Dato’ Kurnia Dewangsa
YH Dato’ Kurnia Aria Lela DiRaja
YH Dato’ Kurnia Paduka Raja
YH Dato’ Kurnia Lela
YH Dato’ Kurnia Budiman
YH Dato’ Kurnia Ikhwan
YH Dato’ Kurnia Makram
YH Dato’ Kurnia Ekram
YH Dato’ Kurnia Pendita
YH Dato’ Kurnia Setia Bakti
YH Dato’ Kurnia Nara DiRaja
YH Dato’ Kurnia Wahi
YH Dato’ Kurnia Paduka
YH Dato’ Kurnia Nahar
YH Dato’ Kurnia Johari
YH Dato’ Kurnia Andika DiRaja
YH Dato’ Kurnia Setia
YH Dato’ Kurnia Wartawan
YH Dato’ Kurnia Lela Mara
YH Dato’ Kurnia Bahagia
YH Dato’ Kurnia Saksama
YH Dato’ Kurnia Raja
YH Dato’ Kurnia Selesa
YH Dato’ Kurnia Wira DiRaja
YH Dato’ Kurnia Seriwa

* Isteri bergelar Datin

Jangan Jadi Badut Politik



KUANTAN – “Jangan jadi ‘badut suruhan’ yang diperalatkan demi kepentingan politik kumpulan tertentu,” tegas Yang Dipertua Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Pahang, Datuk Tengku Zulkifli Ahmad kepada peniaga Melayu yang sanggup menjadi sebahagian penyokong Himpunan Hijau.

Beliau juga tidak menafikan ada peniaga Melayu di negeri ini yang dibiayai sepenuhnya dan dibayar kumpulan terbabit untuk bersama menyertai perhimpunan itu semalam.

Zulkifli kesal kerana ada peniaga Melayu yang sanggup diperalatkan oleh kepimpinan parti tertentu atau majikan yang terlibat dalam perhimpunan itu tanpa mendapatkan maklumat tepat.

“Sokong biarlah bermaklumat, jangan sokong melulu kerana akhirnya laba (untung) orang lain yang dapat,” katanya ketika ditemui selepas mempengerusikan Mesyuarat Agung Tahunan DPMM kali ke-37 2011/2012 di sini, semalam.

Beliau mahu semua peniaga Melayu di negeri ini sedar perhimpunan itu sebenarnya memberi keuntungan kepada individu lain.

Sebelum itu, Zulkifli menandatangani perjanjian persefahaman (Mou) bersama Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (Polisas) dan Kolej Komuniti Paya Besar untuk bekerjasama melahirkan lebih ramai ahli perniagaan muda yang berjaya.

Katanya, DPMM sebelum ini sudah menjalin kerjasama menerima mahasiswa Polisas sebagai pelatih latihan industri di syarikat mereka.

“Kita menganggap institusi pengajian ini sebagai anak angkat kerana sudah ramai peniaga dilahirkan melalui kerjasama ini,” katanya.

Menurutnya, Kolej Komuniti Paya Besar turut menjadi sebahagian penyokong DPMM yang melaksanakan program melatih bakal usahawan.

Pada majlis sama, peniaga Melayu turut memberi idea dan cadangan memajukan perniagaan mereka di samping mengharapkan DPMM membantu menyelesaikan masalah mereka.

Sementara itu, Timbalan Yang Dipertua Perkasa Pahang, Yusri Yusof mahu semua pihak menghentikan perhimpunan seumpama itu kerana kerajaan sudah memberikan peluang kepada pihak terbabit dengan kerjasama pihak berkuasa untuk menganjurkan perhimpunan itu.

“Kita berharap pihak terbabit tidak lagi memanjangkan isu terbabit kerana kerajaan sudah memberikan penjelasan dengan kajian dan jawapan pakar-pakar berkaitan sama ada dari tempatan dan luar untuk menjelaskan situasi Lynas.

“Apalagi yang mereka mahu, jangan politikkan lagi isu ini” katanya yang juga Pengerusi Perkasa Kuantan kepada Sinar Harian.

Yusri berkata, pihaknya juga bersyukur kerana perhimpunan tersebut berlangsung dengan aman dan kehadiran orang luar berbanding penduduk Kuantan sendiri menunjukkan penduduk bandar itu memahami dan menyedari situasi sebenarnya mengenai kewujudan kilang Lyanas tersebut di Gebeng.



Sumber: Aswany Omar ( Sinar Harian )
27 Febuary 2012

Wednesday, April 4, 2012

Tengku Panglima Perang @ Tengku ADC

YAM Tengku Panglima Perang Pahang bersama kekanda KDYMM Sultan Abu Bakar



YAM Major Tengku Arif Temenggong Pahang

Pada masa ini memegang jawatan Kerabat Bergelar YAM Tengku Panglima Perang Pahang 1957-1987

Gambar Kenangan Tengku Mustafa Kamil bin Tengku Ahmad

Gambar kenangan Arwah YM Tengku Mustafa Kamil bin Tengku Ahmad

Alfatihah buat Almarhum YAM Tengku Arif Temenggong Pahang



Alfatihah
Pada 25 Mac 2012 genaplah 12 tahun Almarhum YAM Tengku Arif Temenggong Pahang II Tengku Ahmad Ibni Almarhum Sultan Abdullah kembali ke Rahmatullah . Semoga roh Almarhum sentiasa dicucuri rahmat dan berada sentiasa di sisi Allah SWT.Kami anakanda,cucu cicit akan sentiasa mendoakan dan menyedekahkan Al Fatihah kepada Almarhum YAM TAT Pahang .Al Fatihah dan kami semua amat merindui mu.

Monday, October 31, 2011

YM Dato Setia Perkasa Pahang


Tanggal 24hb Oktober 2011 jatuh pada Hari Keputeraan KDYMM Sultan Pahang yang ke 81,YM Tengku Dato Haji Zulkifly bin Tengku Ahmad telah dikurniakan gelaran Orang Besar Berlapan iaitu Dato Setia Perkasa Pahang kepada YM Tengku Dato Haji Zulkifly bin Tengku Ahmad dan isteri dengan gelaran Toh Puan Setia.Kami dari keluarga Temenggong Ahmad ingin menggucapkan sekalung tahniah buat Ayah Zul.Semoga dengan gelaran ini akan terus membawa nama baik keluarga Temenggong Ahmad.Menjunjung kasih KDYMM Tuanku Sultan.

Tuesday, May 24, 2011

RAJA BENDAHARA

RAJA BENDAHARA PAHANG

1688-1697:Tun Habib Abdul Majid bin Tun Mat Ali

1697-1699:Tun Abdul Jalil bin Tun Habib Abdul Majid

1699-1708:Tun Mas Anom bin Tun Habib Abdul Majid

1708-1716:Tun Abdullah bin Tun Habib Abdul Majid

1718-1721:Tun Abdul Djamal bin Tun Habib Abdul Majid

1722-1724:Tun Abbas bin Sultan Abdul Jalil IV

1724-1734:Tun Husain bin Sultan Abdul Jalil IV

1734-1748:Tun Mutahir bin Sultan Abdul Jalil IV

1748-1777:Tun Hasan bin Tun Abbas

1777-1802:Tun Abdul Majid bin Tun Hasan

1802-1803:Tun Muhammad

1803-1806:Tun Koris

1806-1847:Tun Ali

1847-1863:Tun Mutahir bin Tun Ali

1863-1882:Tun Ahmad (Memegang gelaran Sultan Ahmad Muadzam Shah)

Friday, May 6, 2011

KDYMM Sultan Pahang



KDYMM SULTAN PAHANG



1)KDYMM AlMarhum Sultan Ahmad Al Muadzam Shah Ibni AlMarhum Bendahara Ali
(1882 - 1914)

2)KDYMM AlMarhum Sultan Mahmud Ibni AlMarhum Sultan Ahmad Al Muadzam Shah
(9 Mei 1914 - 19 Jun 1917)

3)KDYMM AlMarhum Sultan Abdullah Al Mu'tassim Billah Ibni AlMarhum Sultan Ahmad Al Muadzam Shah
(19 Jun 1917 - 22 Jun 1932)

4)KDYMM AlMarhum Sultan Sir Abu Bakar Ri'ayatuddin Al Muadzam Shah Ibni AlMarhum Sultan Abdullah Al Mu'tassim Billah
(22 Jun 1932 ~ 7 Mei 1974)

5)KDYMM Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta'in Billah Ibni AlMarhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al Muadzam Shah
(7 Mei 1974 ~ Sekarang)