Tengku Arif Temenggong Pahang II

Monday, January 6, 2020

Gelaran Hormat Kerabat Diraja Pahang

Mesyuarat Ahli Jumaah Pangkuan Diraja Pahang yang ke 112 telah bersidang pada 15hb Ogos 2019 yang lalu telah memutuskan pengurniaan dan gelaran hormat bagi kerabat diraja Pahang adalah seperti berikut.

Sultanah Hajah Kalsom kini telah diberikan gelaran baru iaitu Cik Puan Besar Hajjah Kalsom Abdullah.

Gelaran baru juga turut diberikan kepada tiga Putera Sultan Pahang Al -Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al- Mustafa Billah dan Tengku Ampuan Pahang Tunku Hajjah Azizah Maimunah Iskandariah.

Yang Amat Mulia Tengku Amir Nasser dikurniakan gelaran Tengku Panglima Raja

Yang Amat Mulia Tengku Muhammad Iskandar Ri'ayatuddin Shah dikurniakan gelaran Tengku Arif Bendahara Pahang.

Yang Amat Mulia Tengku Ahmad Ismail Muadzam Shah dikurniakan gelaran Tengku Panglima Muda.


Pengistiharan gelaran itu juga turut diberikan kepada 5 Puteri Diraja Pahang dengan gelaran Tengku Puteri Raja :

Yang Amat Mulia Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Iman Afzan

Yang Amat Mulia Tengku Puteri Raja Tengku Puteri IIlisha Ameera

Yang Amat Mulia Tengku Puteri Raja Tengku Puteri IIliyana

Yang Amat Mulia Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah

Yang Amat Mulia Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah 'Athiyatullah

No comments:

Post a Comment