Tengku Arif Temenggong Pahang II

Thursday, January 9, 2020

Kemangkatan YAM Tengku Arif Bendahara Pahang

Tengku Arif Bendahara Pahang Ke 3



Pada 13hb Ogos 2018 bersamaan 1 Zulhijjah 1439 Hijrah ,adinda kepada Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah , Yang Amat Mulia Tengku Arif Bendahara Pahang Tengku Tan Sri Abdullah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar telah kembali ke Rahmatullah di sebuah Hospital Swasta di Kuala Lumpur.

Almarhum telah memegang gelaran Kerabat Bergelar ini dari tahun 1989 hingga tahun Ogos 2018 dan merupakan Tengku Arif Bendahara Pahang yang ketiga.

Kini gelaran Kerabat Bergelar Tengku Arif Bendahara Pahang telah dikurniakan kepada anakanda Sultan Pahang Al- Sultan Abdullah, Yang Amat Mulia Tengku Muhammad Iskandar Ri'ayatuddin Shah bermula tahun 2019.

Al Fatihah.





No comments:

Post a Comment